“Kami Bercakap Ringkas” - Mizz Nina Dedah Mula Kenal Dengan Essam Pada 2015

 

“Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi, dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.”

Demikian pendedahan selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina,43, ketika berkongsi bibit perkenalan dengan suaminya, Essam Muhammad.

Jelas Mizz Nina atau Shazrina Azman, ketika itu Essam memuji keindahan puisi yang dibaca olehnya.


“Dia menyapa saya, ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi’.

“Saya balas dengan ucapan terima kasih.

“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.

Mizz Nina berkongsi mengenai perkenalannya bersama suami ketika berucapa pada majlis resepsi mereka di Ampang, baru-baru ini.

Ucapan tersebut yang dikongsikan dalam bentuk video mula tular di media sosial.

Sementara itu, Essam meluahkan rasa syukur selepas lapan tahun, mereka disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.

“Perkara terindah sekali adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah,” ujarnya.

Pasangan itu diraikan dalam majlis resepsi tertutup di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Mizz Nina dan Essam sedondon menggayakan persalinan jubah berwarna putih.

Untuk info, Mizz Nina yang merupakan anak kepada tokoh perbankan, Tan Sri Azman Hashim membuat kejutan apabila mengumumkan sudah berkahwin dengan Essam yang merupakan penyanyi rap berketurunan Maghribi-Amerika Syarikat, pada 15 Jun lalu.


Sebelum ini, Mizz Nina pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 2011.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mengumumkan sudah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.




Related Posts: